Tidak harus seseorang Islam itu mengucapkan tahniah kepada orang Kristian atau selain mereka dari kalangan orang kafir semasa perayaan mereka kerana ia adalah pengkhususan dalam agama mereka dan sistem hidup mereka yang jelas sekali batil.
Imam Ibnu Qayyim berkata: Adapun tahniah dengan rasa – rasa kekufuran secara khusus maka adalah haram secara sepakat(ulamak). Termasuk juga di dalam kategori ini mereka yang melafazkan ucapan tersebut dalam keadaan jiwanya bersih dari kekufuran (dalam keadaan beriman) maka hal tersebut termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan. Hal yang demikian itu telah terjatuh ke tahap memberi ucapan tahniah kepada mereka yang sujud kepada salib(seperti kita gembira dengan kekufuran mereka). Malahan itu adalah dosa yang sangat besar di sisi Allah(kerana mengambil selain Allah sebagai Ilah). Malahan lebih dahsyat lagi kebencian tersebut apabila kita mengucapkan tahniah dengan minum arak, membunuh, berzina dan selain itu. Kebanyakan yang kurang kemampuan di dalam beragama terjatuh di dalam amalan tersebut, mereka tidak tahu keburukan apa yang sedang mereka lakukan, barangsiapa mengucapkan tahniah kepada seseorang dalam perkara bid’ah atau kufur maka sesungguhnya dia mendedahkan dirinya kepada kebencian dan kemurkaan Allah.
…. Sila rujuk Hukum Ahli Zimmah 1/161 – Bab ucapan tahniah kepada ahli zimmah.
Jika sekiranya seseorang itu berkata:
“ Sesungguhnya ahli kitab (yahudi-nasrani dll) mengucapkan tahniah kepada kami sempena hari raya kami maka mengapakah kami tidak mengucapkan tahniah pada hari raya mereka sebagai suatu muamalah yang sama dan sebagai balasan kepada ucapan mereka serta menzahirkan tolak ansur dalam Islam…..?”
Jawab: Sesungguhnya jika mereka mengucapkan tahniah kepada kita semasa hari raya kita tidak harus kita balas ucapan tersebut pada hari perayaan mereka kerana wujudnya perbezaan. Hari raya kita umat Islam adalah suatu kebenaran di dalam deen(agama) yang benar. Berbeza dengan perayaan mereka yang batil dari agama mereka yang batil. Jika mereka mengucapkan tahniah kepada kita di atas kebenaran Deen (agama) kita, maka kita tidak mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kebatilan. Kemudian perayaan mereka tidak terpisah dari maksiat dan kemungkaran malah lebih dahsyat dari itu perayaan tersebut mengagungkan salib dan mensyirikkan Allah. Adakah di sana syirik yang lebih besar melainkan daawah (ajakan) mereka kepada penyembahan Isa anak tuhan? Tambahan dari itu, di dalam sambutan tersebut terdapat perkara-perkara yang diharamkan yang memabukkan, melalaikn dan lain-lain lagi yang membawa kepada kemurkaan Allah dan kebencianNya. Adakah layak seseorang muslim itu yang menyembah Allah Rabb sekalian alam untuk bersama-sama mereka dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang sesat pada dalam perayaan tersebut?
Rujukan:
http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=105164
No comments:
Post a Comment