alhamdulillah.. bertambah lagi satu sahabatku yang ingin berubah..Ya Allah,terima kasih.. aku merasakan sesuatu yang sangat aman ..kurniakanlah juga perasaan ini kepada sahabat-sahabatku agar mereka merasakan keamanan itu Ya Allah.. wahai pembaca tulisanku..ku harap apa yang kamu baca juga dapat kalian rasainya dan terjadi kepada kalian.. tiada yang lebih bernilai daripada iman dan taqwa seseorang itu.. satu pelosok dunia pun tidak mampu dibayar dengan nikmat tersebut.. walaupun diri ini tidak sempurna,ku cuba apa yang terdaya ku lakukan...sesungguhnya amat sukar untuk mendapat hidayah itu.. jadi apabila sudah dicampakkan bisikan hidayah,jangan kalian abaikan ia.. Hargai dan corakkanlah hidupmu dengan hidayah itu agar kalian dapat membentuk diri menjadi insan yang qamil..termasuklah diri yang kerdil dan fakir ini..
"hidup ini akan indah jika kita ikut perintah dan tinggalkan larangan Nya"
~senyum sokmo~ : )
Tuesday, 27 May 2014
Sunday, 25 May 2014
kehidupan ini penuh dengan keajaiban yang tidak pernah sangkakan.. ia dipanggil "hikmah" yang diberikan oleh Sang Khalid... oleh itu jangan letakkan dunia dihati kamu kerana dunia itu penuh dengan kekecewaan dan kehampaan.. sebagai contoh kamu sayangkan harta,pangkat dan kekayaan yang kamu ada.. seterusnya kamu letakkan ia didalam hati kamu.. ia akan membuat kamu tidak akan tenang serta selalu memikirkan harta tersebut.. kamu akan menjadi orang bakhir tanpa melihat rezeki orang lain yang terdapat dalam rezeki kamu.. jadi letakkanlah ia digenggaman tangan mu.. kerana apabila harta,pangkat dan kekayaan itu hilang kamu tidak akan gundah gulana.. kamu dapat lepaskan ia pergi dengan mudah tanpa rasa berat hati.. malah kamu bersabar dan bersyukur dengan apa yang direncanakan oleh Sang Khalid..
Andaikan kamu tahu syurga jauh lebih baik dari dunia dan seisi alamnya..nescaya kamu tidak mahu untuk teruskan kehidupan didunia untuk mengejar harta dan kemewahannya... kerana harta dan kemewahan memiliki racun yang tidak pernah manusia perasan kecuali orang arif tentangnya.. ia bergantung kepada manusia itu sendiri...
Friday, 16 May 2014
Alhamdulillah..ku merapatkan kesyukuranku terhadap Mu Ya Rabb..Engkau telah mencuit sedikit hatu sahabat2 ku untuk kembali menuju kepada Mu.. Ku akui cara pendekatanku sangat lemah.. tetapi ku tidak mengharap perubahan yang drastik.. cukuplah sahaja Engkau mengingatkan ku terhadap mereka agar kembali kepada Mu.. ku cuba sedaya upaya untuk melakukan hal tersebut dengan penuh sehikmah mungkin agar ia berlangsung untuk jangka masa yang panjang.. ku ingin melakukan pendekatan dengan ikatan kasih sayang yang telah diajarkan oleh ayahandaku walid.. hanya kasih sayang yang dapat mennyetuh jiwa-jiwa yang halus dan penuh dengan kehausan serta dahagakan kasih sayang..itulah cara yang dibawa oleh baginda s.a.w.. gunalah cara ini dengan jalan yang betul iaitu jalan yang disukai oleh Allah..
~manusai tiada yang sempurna,maafkanlah diri ini~
~manusai tiada yang sempurna,maafkanlah diri ini~
Tuesday, 13 May 2014
Monday, 12 May 2014
ADAKAH CINTA KITA DIBALAS DENGAN CINTA??
Kita semua mempunyai perasaan sayang dan cinta. Itu lumrah manusia. Malah ia sifat fitrah yang telah ALLAH wujudkan di dalam diri setiap manusia. Cinta sesama manusia, cinta kepada harta, cinta kepada tanahair, cinta kepada kerjaya dan sebagainya.
Pernah kita kadang-kadang dikecewakan. Cinta yang mendalam melahirkan sakit yang mendalam tatkala dikecewakan. Tiada makhluq yang sempurna keadaan. Cinta pasti melahirkan kekecewaan. Jika sepanjang cinta tidak pernah melahirkan kecewa, pasti di hujung usia ia datang juga untuk mengecewakan.
Mustahil kecewa tidak datang menjenguk diri. Ia mungkin datang sekejap dan pergi. Ia mungkin sekadar mencederakan hati. Sembuh kembali. Atau mungkin juga sehingga membunuh hati. Pokoknya, kecewa dan cinta datang bersekali.
Namun, ada satu cinta yang apabila kita meletakkan cinta, cinta itu tidak akan mengecewakan kita. Yang mana kita rela berkongsi cinta. Cemburu cinta tidak pernah menjelma. Nyaman dan tenang mendamaikan jiwa. Kecewa tiada. Cinta berbalas adalah suatu yang nyata.
Cinta apa itu? Itulah cintakan ALLAH!

Tempat dan kedudukan cinta kita di sisiNYA terbela. Bagaimana cinta kita kepadaNYA, sebanyak itu jugalah cintaNYA kepada kita. DIA meletakkan kita sebagaimana kita meletakkanNYA. Malah, mungkin lebih dari apa yang kita sangka.
Sedangkan mencintai makhluq, kita belum tentu dapat merasai kenikmatan seumpama itu. Belum tentu apabila kita cinta makhluq 100%, dia juga cintakan kita sebanyak itu. Belum tentu. Tidak tahu.
Cinta kepada makhluq, kita mesti menjaganya. Tetapi cinta kepada ALLAH, ALLAH menjaga kita. Cinta kepada makhluq yang tidur atau berjauhan, kita tidak dapat berhubung dengannya, tetapi cinta kepada ALLAH adalah cinta yang berhubungan sentiasa. Cinta kepada makhluq melahirkan rindu dan tangisan yang kadang-kadang mendatangkan sengsara. Tetapi cinta kepada ALLAH melahirkan rindu dan tangisan kepuasan yang menenangkan jiwa.
Jika orang bertanya tentang cintaku kepada makhluq, “Kau cintakan dia. Tetapi adakah dia cintakan kau?” Aku jawab, “Ya, barangkali.”
Tetapi jika orang bertanya tentang cintaku kepada ALLAH, “Kau cintakan DIA. Tetapi, adakah DIA cintakan kau?” Aku jawab, “Ya, DIA mencintaiku, pasti.”
Berbaloi bukan? Justeru, mana cinta wajar menjadi keutamaan?
(Cinta Allah dapat diraih dengan menunaikan hak-hakNya dan demikian juga cinta manusia dapat diraih dengan menunaikan hak-haknya dan memperlakukan mereka secara adil dan baik. Mendapat cinta Allah adalah tujuan utama seorang hamba dalam hidupnya, maka wajib bagi seorang hamba untuk mengetahui hal-hal yang mendatangkan kecintaan Allah.)
5 SEBAB KENAPA “COUPLE” HARAM
KENAPA COUPLE HARAM??
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.
haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
CINTA ITU BUTA..???
Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya…
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah…
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya…
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah…
Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)
Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..
Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari ‘dimiliki’ mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
Ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke Neraka-Mu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk CINTA AGUNG-MU??
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari ‘dimiliki’ mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
Ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke Neraka-Mu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk CINTA AGUNG-MU??
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Dunia penjara orang Mukmin dan Syurga orang kafir.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Kenapakah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin??
"Cinta suci bukan untuk dinodai, kasih jangan dikhianati..lamarlah belas simpati kesucian cinta ikhlas tak diundang..peliharalah...."
SUAMI ITU LELAKI
- Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
- Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN
- Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?
1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.
2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.
3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.
Keresahan hati
Kehidupan ini penuh dengan bicara dan persoalan yang bisa membuntukan akal fikiran. Jalannya adalah berbalik kepada yang Maha Kuasa. Insyaalah Persoalan itu akan terjawab dengan fitrah sunnatullah yang kadangkala kita sendiri pun tidak perasan akan kehadirannya. Kita sebagai hamba jangan cepat berputus asa, kerana itu adalah sifat yang akan melemahkan kekuatan kita. Kerapkanlah bicarakan hati mu kepada Rabb agar pertalian itu tidak putus ditengah jalan dan jika ia putus akan membinasakan mu diakhir kelak. Bicara itu juga akan leburkan segala keresahan yang mengelilingi hati mu serta memberi ketenangan yang sukar dicari..
~sentiasa memaafkan orang lain dan jadikan senyuman sebagai amalan baikmu~
Kehidupan ini penuh dengan bicara dan persoalan yang bisa membuntukan akal fikiran. Jalannya adalah berbalik kepada yang Maha Kuasa. Insyaalah Persoalan itu akan terjawab dengan fitrah sunnatullah yang kadangkala kita sendiri pun tidak perasan akan kehadirannya. Kita sebagai hamba jangan cepat berputus asa, kerana itu adalah sifat yang akan melemahkan kekuatan kita. Kerapkanlah bicarakan hati mu kepada Rabb agar pertalian itu tidak putus ditengah jalan dan jika ia putus akan membinasakan mu diakhir kelak. Bicara itu juga akan leburkan segala keresahan yang mengelilingi hati mu serta memberi ketenangan yang sukar dicari..
~sentiasa memaafkan orang lain dan jadikan senyuman sebagai amalan baikmu~
Sunday, 11 May 2014
Tidak harus seseorang Islam itu mengucapkan tahniah kepada orang Kristian atau selain mereka dari kalangan orang kafir semasa perayaan mereka kerana ia adalah pengkhususan dalam agama mereka dan sistem hidup mereka yang jelas sekali batil.
Imam Ibnu Qayyim berkata: Adapun tahniah dengan rasa – rasa kekufuran secara khusus maka adalah haram secara sepakat(ulamak). Termasuk juga di dalam kategori ini mereka yang melafazkan ucapan tersebut dalam keadaan jiwanya bersih dari kekufuran (dalam keadaan beriman) maka hal tersebut termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan. Hal yang demikian itu telah terjatuh ke tahap memberi ucapan tahniah kepada mereka yang sujud kepada salib(seperti kita gembira dengan kekufuran mereka). Malahan itu adalah dosa yang sangat besar di sisi Allah(kerana mengambil selain Allah sebagai Ilah). Malahan lebih dahsyat lagi kebencian tersebut apabila kita mengucapkan tahniah dengan minum arak, membunuh, berzina dan selain itu. Kebanyakan yang kurang kemampuan di dalam beragama terjatuh di dalam amalan tersebut, mereka tidak tahu keburukan apa yang sedang mereka lakukan, barangsiapa mengucapkan tahniah kepada seseorang dalam perkara bid’ah atau kufur maka sesungguhnya dia mendedahkan dirinya kepada kebencian dan kemurkaan Allah.
…. Sila rujuk Hukum Ahli Zimmah 1/161 – Bab ucapan tahniah kepada ahli zimmah.
Jika sekiranya seseorang itu berkata:
“ Sesungguhnya ahli kitab (yahudi-nasrani dll) mengucapkan tahniah kepada kami sempena hari raya kami maka mengapakah kami tidak mengucapkan tahniah pada hari raya mereka sebagai suatu muamalah yang sama dan sebagai balasan kepada ucapan mereka serta menzahirkan tolak ansur dalam Islam…..?”
Jawab: Sesungguhnya jika mereka mengucapkan tahniah kepada kita semasa hari raya kita tidak harus kita balas ucapan tersebut pada hari perayaan mereka kerana wujudnya perbezaan. Hari raya kita umat Islam adalah suatu kebenaran di dalam deen(agama) yang benar. Berbeza dengan perayaan mereka yang batil dari agama mereka yang batil. Jika mereka mengucapkan tahniah kepada kita di atas kebenaran Deen (agama) kita, maka kita tidak mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kebatilan. Kemudian perayaan mereka tidak terpisah dari maksiat dan kemungkaran malah lebih dahsyat dari itu perayaan tersebut mengagungkan salib dan mensyirikkan Allah. Adakah di sana syirik yang lebih besar melainkan daawah (ajakan) mereka kepada penyembahan Isa anak tuhan? Tambahan dari itu, di dalam sambutan tersebut terdapat perkara-perkara yang diharamkan yang memabukkan, melalaikn dan lain-lain lagi yang membawa kepada kemurkaan Allah dan kebencianNya. Adakah layak seseorang muslim itu yang menyembah Allah Rabb sekalian alam untuk bersama-sama mereka dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang sesat pada dalam perayaan tersebut?
Rujukan:
http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=105164
Cinta Zulaikha
Semua orang inginkan bahagia. Semua orang mengakui cinta itu indah dan mengasyikkan. Dalam bebanyak kisah cinta di dunia, aku sangat tertarik dengan cinta Zulaikha...
Zulaikha ialah isteri pembesar Mesir, Al Aziz. Beliau seorang yang sangat cantik dan memiliki sifat-sifat kemuliaan, tetapi, tidak mempunyai anak.
Suatu hari, Al Aziz membawa khabar gembira iaitu terdapat seorang budak yang dibelinya dari seorang saudagar yang menemukan budak itu dalam sebuah perigi. Demi terpandang sahaja Zulaikha kepada anak itu, beliau terasa sungguh gembira dan bahagia. Hidupnya gembira dan ceria dengan kehadiran anak angkat mereka, Yusuf.
Yusuf membesar dengan wajah yang tampan, bertubuh sasa dan berbudi pekerti. Bertambah-tambah rasa kasih Zulaikha terhadap Yusuf bukan setakat kasih sebagai ibu angkat tapi, telah bertukar kepada c i n t a . Suatu malam dikenakannya pakaian yang indah dan menawan bertujuan memikat hati si Yusuf sementelah si suami menjalankan suatu urusan rasmi lalu si isteri menuju ke bilik Yusuf. Yusuf berkali-kali menolak pelawaan Zulaikha dengan mengingatkan tentang dosa. "Sungguh cantik matamu" puji Zulaikha kepada lelaki yang tertampan di dunia yang dicipta Allah itu. "Mataku akan pertama terkeluar setelah badanku dimamah tanah" demikian jawab Yusuf. Maka terjadilah adegan yang telah kita selalu baca dalam Al Quran. Yusuf berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak. Ketika itu si suami pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi. Memang Zulaikha didapati bersalah tetapi Al Aziz meminta perkara itu dirahsiakan.
Tetapi, peristiwa itu tersebar luas di bumi Mesir sehingga para wanita sibuk menceritakan hal itu. Zulaikha berasa marah lalu menjemput banyak kaum wanita ke kediaman mereka dan menjamu mereka. Ketika itulah Yusuf disuruh keluar, dan demi terpandang sahaja wajah Yusuf, maka, kaum wanita itu tidak terasa memotong jari jemari sendiri oleh ketampanan si Yusuf.
Keengganan Yusuf menyahut seruan Zulaikha menjadikan Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Yusuf. Sebenarnya Zulaikha sangat sedih dan berdukacita setelah Yusuf dipenjarakan kerana rasa cintanya terhadap Yusuf begitu mendalam. Zulaikha berdukacita sepanjang Yusuf di penjara.
Masa berlalu (ringkaskan cerita), Yusuf dilantik menjadi raja Mesir kerana kebijakannya mengurus masalah ekonomi Negara Mesir dan baginda juga dilantik sebagai seorang Rasul. Zulaikha sudah menjadi wanita tua, buta dan ada riwayat mengatakan beliau telah hilang fikiran. Ada juga syair yang menulis Zulaikha sentiasa mengharapkan walaupun debu-debu berterbangan dari Yusuf singgah kepadanya, dan sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf. Nabi Yusuf tidak mengenalinya dan merasa malu namanya disebut-sebut begitu. Tapi, malaikat Jibril memberitahu, dia sendiri menyintai wanita itu kerana dalam diri wanita itu mengandungi cinta yang amat besar kepada Nabi yang sangat dicintai olehnya (Jibril) Kerana cinta Zulaikha yang agung itu menjadi malaikatpun mengasihi Zulaikha. Dengan mukjizat Nabi Yusuf alaihissalam, Zulaikha menjadi muda kembali, dan baginda mengahwini Zulaikha...
Wah, syahdunya kisah Zulaikha. Aku ingin sangat membaca kisah Zulaikha dan pertemuan beliau kembali dengan Nabi Yusuf. Tentu banyak keistimewaan Zulaikha hingga beliau terpilih untuk menjadi pasangan Nabi Yusuf. Sesuai dengan blog aku ni, jadi moral di sini ialah, be optimist! Jangan terlalu kecewa atau bersedih. Yakin dan berusaha kerana, mungkin tidak diberinya kita kebahagiaan sekarang tetapi akan diberinya kita kebahagiaan suatu hari nanti...
kucari kebahagiaan walaupun hingga ke hujung nyawa..
KeCintaan Allah
Duhai insan...
Allah tidak menciptamu untuk menghukum
Tetapi Allah mencipta untuk berkasih sayang denganmu
Maka segala kesalahan yang dilakukanmu
RahmatNya akan mendahului murkaNya...
Duhai insan...
Sifat lemah lembut Allah sentiasa membelaimu setiap saat
Sifat kerasnya hanya tika engkau bersikap melampau batas
Maka janganlah engkau melihat kepada sifat kerasnya
Hingga engkau lupa bagaiamana engkau bisa bernafas tanpa sifat Ar-RahmanNya...
Duhai insan...
Janganlah engkau berpaling dan berjauhan denganNya
Walaupun engkau adalah seorang pendosa
Kerana melakukan kesalahan dengan terus lupa padaNya
Akan menambah akan dosa dan kegelapan jiwamu...
Duhai insan...
Jangan sedikit dihatimu bersangka buruk
Dengan merasa dosamu tidak diampuni
Dirimu tidak diCintaiNya
Kerana bersangka buruk itulah adalah lebih lagi berdosa
Daripada segala lautan dosa yang engkau lakukan...
Duhai insan...
Bisikkan Nurani istigfar bersulam airmatamu
Lebih dicintai daripada 1000 rakaat ibadahmu yang tiada keinsafan
Begitulah Allah jadikan segalanya penuh hikmah
Hingga ada hambaNya yang memanjat pintu CintaNya
Dengan hanya bergilir antara Dosa dan Taubat setiap saat...
Duhai insan...
Sesunggunya Allah menciptamu adalah untuk berkasih sayang denganmu
Bukan untuk menghukummu
Maka jalanilah kehidupan sebagai Kekasih memburu CintaNya
Bukan sebagai banduan yang takut pada hukumanNya...
Friday, 9 May 2014
Kerinduan
kerinduan itu amat menyakitkan..sudah berkalicuba untuk meleburkanya tapi masih melekat dihati.Bisakah kerinduan itu dialihkan kepada yang lebih layak. Diri yang lemah tidak berdaya lakukan demikian hal tersebut. Ya Allah bisakah Engkau tundukkan perasaan ini hanyak kepada Mu. Engkaul leburkan zulmak dalam hati ini agar bisa ia tunduk sepertimana sebelum perjanjian ku dengan Mu disana dahulu....YaAllah..rindu sangat, tapi apakan daya ku hanya insan yang lemah....semoga bicara hatiku ini,Engkau perdengarkan kepadanya.. Hanya kepada Engkau tempat ku luahkan bicara hati ku.....
~ini hanyalah sekadar perkongisaan sahaja~
kerinduan itu amat menyakitkan..sudah berkalicuba untuk meleburkanya tapi masih melekat dihati.Bisakah kerinduan itu dialihkan kepada yang lebih layak. Diri yang lemah tidak berdaya lakukan demikian hal tersebut. Ya Allah bisakah Engkau tundukkan perasaan ini hanyak kepada Mu. Engkaul leburkan zulmak dalam hati ini agar bisa ia tunduk sepertimana sebelum perjanjian ku dengan Mu disana dahulu....YaAllah..rindu sangat, tapi apakan daya ku hanya insan yang lemah....semoga bicara hatiku ini,Engkau perdengarkan kepadanya.. Hanya kepada Engkau tempat ku luahkan bicara hati ku.....
~ini hanyalah sekadar perkongisaan sahaja~
Thursday, 8 May 2014
Agama Nan Indah
Ulama yang Haq wajib dimuliakan
kerana dengan mereka kita dapat mengamalkan agama
berdasarkan ijitihad hasil kajian mereka
lantaran susuk Rasulullah tiada dihadapan kita
Namun duhai saudara ku
jangan engkau jadikan agama itu hanya milik mereka seorang
atau hanya dari satu mazhab atau kumpulan
sehebat mana ilmu ulama itu
mereka tetap hanya dipinggir pantai agama
hanya setitik ilmu dari lautan agama
Namun duhai saudara ku
jangan engkau jadikan agama itu hanya milik mereka seorang
atau hanya dari satu mazhab atau kumpulan
sehebat mana ilmu ulama itu
mereka tetap hanya dipinggir pantai agama
hanya setitik ilmu dari lautan agama
Justeru itu jangan engkau berguru dengan mereka yang tak pandai menyebut wallahulam
jangan kau berlutut dengan mereka yang hanya merasa pendapat mereka sahaja yang betul
jangan kau menadah dengan mereka yang mengambil ilmu bukan daripda rantaian sanad yang benar
jangan kau bersama dengan mereka yang hati mereka masih penuh dengan darah ammarah
Kita wajib tahu membeza antara yang qatie dan yang ijitihad
agar tidak hanyut dalam perbahasan agama yang merugikan
Kita wajib tahu membeza antara yang qatie dan yang ijitihad
agar tidak hanyut dalam perbahasan agama yang merugikan
agar tidak terperangkap dalam satu pemikiran sempit
yang menghancurkan kasih sayang dan saling menghormati
musuh Allah terus menari dalam tarian kemenangan
Agama nan indah dan luas ini bagaikan taman
namun malangnya ada mereka yang menjadikan ia bagaikan penjara
kerana tiada dapat memahami dengan kebenaran
bahawa ijitihad hanya pendapat atau telahan Ulama
mereka juga tidak bersama Rasulullah saw
hanya berdasarkan riwayah dan khabar yang diterima daripada para perawi
maka segala fatwa mereka bukan muktamad kebenarannya
Maka Allah menjadikan ribuan Ulama
agar kita tidak terperengkap dengan satu pandangan Ulama
agar agama tidak menjadi milik sesiapa
agar tiada mereka mendakwa mereka yang paling alim
agar kita dapat memilih pendapat yang benar menempati dengan maqasid agama
Jangan diri mu terus memanjat pada Al-Quran dan Hadis
yang menghancurkan kasih sayang dan saling menghormati
musuh Allah terus menari dalam tarian kemenangan
Agama nan indah dan luas ini bagaikan taman
namun malangnya ada mereka yang menjadikan ia bagaikan penjara
kerana tiada dapat memahami dengan kebenaran
bahawa ijitihad hanya pendapat atau telahan Ulama
mereka juga tidak bersama Rasulullah saw
hanya berdasarkan riwayah dan khabar yang diterima daripada para perawi
maka segala fatwa mereka bukan muktamad kebenarannya
Maka Allah menjadikan ribuan Ulama
agar kita tidak terperengkap dengan satu pandangan Ulama
agar agama tidak menjadi milik sesiapa
agar tiada mereka mendakwa mereka yang paling alim
agar kita dapat memilih pendapat yang benar menempati dengan maqasid agama
Jangan diri mu terus memanjat pada Al-Quran dan Hadis
kerana bahasanya terlalu tinggi dan indah
berwasilah dengan ulama untuk memahaminya
namun dalam masa yang sama jangan taksub dengan mana-mana pendapat Ulama
Cintailah para alim Ulama yang Haq
berwasilah dengan ulama untuk memahaminya
namun dalam masa yang sama jangan taksub dengan mana-mana pendapat Ulama
Cintailah para alim Ulama yang Haq
jadikan perbezaaan pendapat mereka sebagai kasihsayang Allah pada kita
agar ummah tiada dapat diporak perandakan
agar jiwa tiada tersepit dengan agama yang penuh kerahmatan
~Bicara Cinta sang Faqir - Inilah Jalanku~: Kehidupan Yang Sukar Dimengerti
~Bicara Cinta sang Faqir - Inilah Jalanku~: Kehidupan Yang Sukar Dimengerti: Orang seperti kami sukar dimengerti Malah kami sendiri tidak mengerti Fitrah kami mahu kehidupan biasa Namun Bisikan Sirr tida...
Subscribe to:
Posts (Atom)